Isnin, 7 Mac 2011

AMALAN BEBERAPA AYAT DAN SURAH KHUSUS



Surah Al-Ikhlas
Menyamai satu pertiga al-Quran, Dibaca 10 kali akan dibina sebuah istana di syurga.



Surah Al-Falaq
Dibaca 3 kali untuk perlindungan daripada bencana dan perkara yang tidak diingini.




Surah An-Naas
Sama seperti al-Falaq.




Ayat Kursi (Surah al-Baqarah 255)
Pahalanya menyamai satu perempat Al-Quran, dibaca setiap kali lepas solat akan dimasukkan ke syurga, setiap huruf mengandungi 1000 keberkatan dan 1000 rahmat.




Membaca Bismillahirrahmannirahim 


Dibaca 21 kali sebelum tidur amat digalakkan sebagai usaha untuk mengelakkan mati terkejut, kecurian, kebakaran dan lain-lain. Insya-Allah

Surah Al-Fatihah
Dibaca 20 kali selepas setiap solat fardhu merupakan amalan para solehinInsya-Allah akan tercapai segala maksud, perlindungan dari segala keburukan dan sebagainya. (Boleh dibaca 100 kali sekaligus jika sukar diamalkan selepas setiap kali solat).




Surah Al-Mu'min ayat 1-3 (Juz 24 Surah 24)
Dibaca untuk keselamatan.



Surah Al-Hasyr (Ayat 21- 24) (Juz 28 Surah 59)



Apabila dibaca selepas Subuh dan Asar akan dapat rahmat dan dijaga oleh 70,000 malaikat dan jika meninggal dunia pada malam atau siang hari itu, akan memperolehi syurga.


Surah Al-Rum 
(Ayat 17-19) (juz 21 Surah 30)
Akan diberi pahala atas amalan yang tidak dapat dijalankan pada waktu siang dan malam.