Isnin, 7 Mac 2011

Membaca Al-Quran



Antara kelebihan membaca Al-Quran ialah:


1. Ibadah yang paling utama dari segi bacaan.


2. Pahala membaca satu huruf daripada Al-Quran : Menurut Ibn Majah digandakan hingga 400 kali dan Ibn al-Jauzi pula berpendapat digandakan sebanyak 700 kali.


3. Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga, juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga.


4. Mengikut Ibn Abbas r.a., pembaca Al-Quran ialah hartawan dan pahala membaca tidak akan putus.


5. Selamat daripada api neraka, mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malikat.


6. Pada hari kiamat, Al-Quran menjadi pembela.


7. Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemulian di syurga.


8. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malikat.


9. Pembaca akan dimasukan ke dalam golongan Siddiqin, Syuhada dan Solehin.


10. Membaca Al-Quran secara kumpulan akan diampun dosa mereka.


11. Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit.


12. Jika dibaca di dalam rumah, akan memberi cahaya kepada rumah itu.


13. Membaca secara tadarus (bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi oleh malaikat.


14. Pembaca yang mahir dan baik diutamakan menjadi iman solat.


15. Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari, mengajar dan menghayati ajaran Al-Quran.


16. Mempelajari satu ayat Al-Quran lebih baik daripada solat sunat 1000 rakaat.


17. Mempelajari dan membaca mendapat keberkatan  dan keharmonian hidup.


18. Mendapat perlindungan di padang Mahsyar nanti.


19. Pembaca akan dilindungi daripada godaan syaitan.


Rujukan: Dari Buku Indahnya Hidup Bersyariat